Monday, November 16, 2009

Pembuka Kata...

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke laman blog 'Mahadi J. Murat Workshops'.


Laman blog ini akan dipenuhkan dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan penganjuran bengkel produksi dan bengkel jati diri anjuran Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SEMEDIA) dan Inai Communications Sdn. Bhd. (ICOMM)


Sebagai makumat yang pertama,  SEMEDIA dan ICOMM akan menganjurkan Bengkel Produksi Dokumentari & Video Korporat pada 25-30 Januari 2010 di Studio Inai, Sunway Damansara. Bengkel ini akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan bayaran sebanyak RM1,500.


Di dalam bengkel ini para peserta akan didedahkan dengan teknik penerbitan sebuah dokumentari dan video korporat yang dibimbing oleh Dr. Mahadi J. Murat dan Khairul Fauzi Sa`ari. Disamping itu beberapa pembikin dan pengarah filem terkenal akan dijemput bagi memeriahkan lagi bengkel ini.


Bengkel Produksi Dokumentari & Video Korporat, SEMEDIA dan ICOMM dianjurkan bertujuan melatih pengamal, pekerja, karyawan dan individu yang berminat dalam menerbitkan dokumentari dan video korporat dalam pengertian penerbitan yang sebenar.


Antara keistimewaan bengkel ini ialah:

- Harga penyertaan sebanyak RM 1,500 selama 6 hari
- Bimbingan dari aktivis filem terkenal Dr. Mahadi J. Murat dan Khairul Fauzi Sa`ari
- Percuma 'Buku Panduan Penerbitan Dokumentari' karya Dr. Mahadi J. Murat
- Makanan dan minuman disediakan



Klik poster dibawah untuk maklumat lanjut.


































No comments:

Post a Comment